SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat serta Sepang hingga 5 petang ini.
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Beberapa laluan sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup sepenuhnya atau dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada pergerakan rasmi sempena lawatan negara oleh Presiden China Xi Jinping ke Malaysia selama tiga hari bermula Selasa ini.
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Isu kelewatan tren komuter kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Lembah Klang hanyalah bersifat sementara dan perkhidmatan itu tidak wajar dianggap sudah semakin kurang popular, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Hujan lebat berterusan sekitar Lembah Klang sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir antaranya di Selangor melibatkan Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Klang.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari ini adalah melibatkan 2.2 gigawatt (GW) iaitu 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.
SHAH ALAM, 27 JULAI: Beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk di sini mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini.
SHAH ALAM, 26 JULAI: Beberapa klinik kesihatan (KK) di sekitar Lembah Klang kini beroperasi selepas waktu pejabat bagi menangani isu kesesakan di hospital.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Aliran trafik di lebuh raya utama dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa kawasan di utara, selatan dan timur menuju ke Lembah Klang setakat tengah hari ini.
KUALA LUMPUR, 7 MEI: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mengalami kesesakan susulan orang ramai mengambil peluang tol percuma di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bermula tengah malam tadi hingga esok untuk pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Aidilfitri.
KUALA LUMPUR, 5 FEB: Aliran trafik yang meningkat dan perlahan dijangka berlarutan sehingga tengah malam ini atau awal pagi esok di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Tahun Baharu Cina.
KUALA LUMPUR, 15 OKT: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (18 Okt).
SHAH ALAM, 8 SEPT: Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini dengan beberapa kelonggaran, termasuk rentas daerah kepada mereka yang mendapat suntikan dua dos vaksin.
SHAH ALAM, 30 OGOS: Perdana menteri percaya penduduk Lembah Klang termasuk Selangor boleh menikmati kelonggaran fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) apabila negeri ini sudah melepasi 80 peratus kadar suntikan vaksin.
KLANG, 8 OGOS: Seramai 750 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan di hospital-hospital sekitar Lembah Klang bagi membantu petugas kesihatan mengendalikan kes-kes berkaitan Covid-19.
PUTRAJAYA, 15 JULAI: Semua penduduk di Lembah Klang dijangka mendapat sekurang-kurangnya dos pertama suntikan vaksin Covid-19 awal bulan depan dan dos lengkap menjelang hujung bulan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KLANG, 13 JULAI: Sebanyak dua juta dos vaksin Covid-19 yang dijangka tiba hujung bulan ini akan diagihkan ke kawasan Lembah Klang meliputi Selangor dan Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan untuk mula digunakan pada awal Ogos nanti.
SHAH ALAM, 9 JULAI: Bilangan individu yang membuat saringan Covid-19 di klinik swasta turut menyumbang kepada kenaikan kes di Lembah Klang.
KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka dua lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) jika kes positif pandemik itu terus meningkat secara mendadak di Lembah Klang.
SHAH ALAM, 13 JUN: Mendahulukan suntikan vaksin bagi penduduk Lembah Klang mampu mengurangkan 50 peratus kes harian Covid-19, kata pengarah Pasukan Petugas Operasi Selangor (STFO).
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.